jika kau fikirkan kau boleh! kau hampir boleh melakukan.. jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tak menentu.. jika kau fikirkan kemenangan, kau menghampiri kejayaan.. jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan.. renung-renungkan ~

Friday, April 11, 2014

Tentang Aku ~

Aku...
Seorang insan yang mencari kesempurnaan hidup dan redha Ilahi.. Ibarat melalui jalan yang bercabang.. Aku perlu tahu arah mana patut ku tuju.. Dan aku tahu setiap insan pasti tidak terlepas dari ujian dariMu.. Aku tahu aku seorang yang tidak bersungguh dalam sesetengah perkara.. Aku juga kadang-kala lalai dalam mengerjakan perintahMu.. Pimpinlah aku ke jalan yang benar dan diredhai olehMu..

Aku..
Seorang anak yang bertuah kerana memiliki ibu bapa yang sangat menyayangiku.. Namun aku diuji dengan perginya ayahku menemui Sang Pencipta.. ya benar! Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu mengharunginya.. Jumaat, 25 Oktober 2013 - ayahku pergi meninggalkan kami.. Wahai ayah, semoga syurga tempatmu.. semoga dirimu dihindari dari api neraka dan dilapangkan kuburmu.. Perginya dikau dengan ketenangan yang jelas terpancar diwajah.. Damailah kamu, duhai ayahku!

Aku...
Seorang adik yang bertuah kerana memiliki seorang abang yang penyayang.. Abang, doa adik untuk abang, mak & ayah tak pernah putus.. adik sayang abang! Semoga abang sentiasa beroleh kebahagiaan dan rahmat Allah..

Aku..
Seorang isteri yang juga bertuah kerana dijodohkan dengan seorang insan yang penyayang dan terbaik untuk aku.. Dipertemukan dengan mertua dan ipar yang juga menyayangiku.. Ya Allah, aku bersyukur dengan semua nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku.. 

Aku..
Seorang pekerja yang mempunyai target dan arah tuju.. Mempunyai cita-cita dan juga angan-angan.. Semoga cita-cita dan angan-anganku menjadi kenyataan.. Amin~~~

Aku..
Seorang insan yang bertuah kerana dikelilingi mereka yang baik, kawan-kawan yang baik, rakan kerja yang baik, segala-galanya baik.. Ya Allah, betapa sayangnya Engkau terhadap hambaMu! Kepada kawan-kawanku sekalian, maafkanku andai aku pernah melakukan kejahatan atau mengguris hatimu.. Aku manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan..

Ya, itulah aku....~